Alami Pengalaman Sambutan Bulan PLAY-DOH®
Yang Julung Kali Diadakan!
Kepelbagaian
Komuniti Malaysia memberi inspirasi kepada anak anda untuk mencipta ukiran
PLAY-DOH® terbaik, yang akan juga menjadi sebahagian dari cubaan memasuki The
Malaysia Book of Records!
Kuala
Lumpur, 14 September 2015: Imaginasi
sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Selama lebih 50
tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak
untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.
Ini menjadikan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan suatu berita yang amat menerujakan!
Bermula 21 ke 27 September di Ground
Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan
karya terbaik mereka berilhamkan
Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran,
nombor ataupun huruf.
Semasa
anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang
menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran
PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan
PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran
paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik!
Dengan
PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam
pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa.
PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen–
melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan
berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal
bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial
dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.
Anda
dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:
Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak
anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat
dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda
berwarna-warni, pensil warna atau krayon.
Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan
bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa
melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya
dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah
untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.
Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan
anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik
berilhamkan Malaysia!
Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari
laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com.
#playdohmonth2015
Comments