Dugaan ibu yang bekerja dan menyusukan anak

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, 7 Julai yang lalu, genaplah setahun dan 6 bulan Ariff Ziqry breastfeed semenjak dia lahir! (syukur, alhamdulillah)

(breastfeed lagi sedap bunyi banding susu badan... huhuhu... segan pula)

Anyway, bagi ibu yang bekerja di rumah (WAHM) atau suri rumah, amatlah mudah untuk menjayakan penyusuan susu ibu sebab bagi saya tak nampak halangan pun..

Tapi, bagi ibu yang bekerjaya (bekerja di luar rumah) adalah satu pengorbanan dan satu hurdle dan saya rasa bukan calang-calang orang boleh melakukannya.

seseorang itu perlulah mempunyai :

1. ilmu
2. ketahanan mental dan fizikal
3. azam

insya allah, kalau ada 3 tu, boleh menyusu anak tanpa masalah, insya allah.

saya setakat ini memang ada azam, from azam kita cari ilmu sebanyak mungkin, and from there, barulah ada ketahanan mental dan fizikal.

Mental? oh, sebab from time to time, kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah.

pam rosak lah.. baby tak nak menyusu lah..

Saya pernah satu ketika Ariff mengalami ulser. so dia refuse to breastfeed. it was a really heartbreaking moment for me...

tapi perah tetap perah..

alhamdulillah, masalah tu pergi after a few days.

So, in other word, jangan jadikan masalah sebagai penghalang bagi anda menjayakan penyusuan susu ibu, kerana ANDA BOLEH! :)

yup. Have faith and believe in yourself!


Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Comments