Penyakit Appendiks

Assalamualaikum.....

Sebenarnya last week i was having a pain in my stomach.

it was really bad.

So saya ke klinik.

klinik kata either :

-Pregnancy ektopik (mengandung di luar rahim)

atau

-urine infection

So saya pun disuruh memberi sampel urine, dan alhamdulillah, tak pregnant (so tidak ektopik pregnancy), urine tiada infection dan tiada batu karang.

So klinik pun kata mungkin cyst atau appendix.

saya pun di refer ke hospital.

Saya ke hospital swasta terdekat sebab malas menunggu...di sana saya berjumpa pakar dan pakar suruh puasa...

keesokan harinya buat ultrasound.. urine test dan blood test.

ultrasound menunjukkan tiada cyst. alhamdulillah.

blood test mengatakan ada sikit infection.

Doctor kata ada appendix.

Saya kata mana tau? Jom la check!

Doc kata, tak ada specific test yang boleh dibuat untuk mengesan appendix.

kalau ada pun, tau-tau dah rupture.. (aduhai!)

So doc kata rasa-rasa ni tak severe..

Nah, makan ubat antibiotik.

So saya pun on medication la selama seminggu...

Alhamdulillah, setakat ni tak sakit lagi..

Kalau sakit lagi, nanti saya terus 'check in' di hospital tersebut :)


Ni info on Appendiks (ambil dari http://herbalis.wordpress.com/2011/02/05/appendiks/):

Apa itu Apendiks?
Apendiks ialah tiub berhujung buntu yang pendek , kurus dan tersemat pada hujung sekum. Fungsinya tidak diketahui oleh manusia. Bengkak pada apendiks di panggil Radang Appendiks gambar rajah bahagian abdomen (bhg hujung usus sekum-apendiks)

Apa itu Radang Appendiks?
Radang appendiks ialah satu keadaan di mana appendiks menjadi bengkak

Apakah Penyebab Radang Apendiks?
Tidak diketahui sebabnya. Kadangkala mungkin di sebabkan appendiks tersumbat oleh sisa makanan atau bengkak pada kelenjar limpa.

Apakah Tanda atau Gejala Radang Apendiks?
Gejala:

* Gejala utama ialah sakit di perut (abdomen). Sakit bermula di bahagian pusat tengah dan kemudian ke bahagian bawah kanan perut (abdomen). Sakit akan bertambah apabila bergerak, batuk atau bersin.

Gejala Lain yang berkaitan

* Demam (selalunya demam rendah tetapi boleh menjadi tinggi)
* Loya dan kadang-kala muntah
* Sembelit atau cirit-birit
* Kurang selera makan
* Abdomen membengkak

Tanda-Tanda:

* Sakit apabila menekan secara perlahan di bahagian bawah kanan perut.
* Bertambah sakit apabila tekanan tersebut dilepaskan

Ujian:

* Ujian Darah untuk mengesan tanda jangkitan
* Ujian Kencing untuk mengesan jangkitan salur kencing

Tiada satu ujian khusus untuk membuat dignosa penyakit Radang appendiks. Diagnosa biasanya dibuat melalui penilaian klinikal. Diagnosa boleh menjadi sukar pada kanak-kanak dan orang tua.

Apakah Bahayanya Radang Appendiks?
Risiko untuk mendapat komplikasi akan berlaku jika Radang appendiks tidak dirawat dengan cepat seperti:-

* Pecah atau penembusan (perforation) pada appendiks, bolos atau keluarnya najis ke dalam perut dan menyebabkan jangkitan di lapisan perut (Peritonitis) dan boleh membawa maut.
* Himpunan nanah yang terbendung oleh tisu-tisu yang rosak dan bengkak



Would you like to place an Advert on My-ALia.com?
Please click here

Comments