Assalamualaikum.....
Beberapa hari lalu kita digemparkan dengan berita KLCC terbakar!
Saya ada dengar bahawa ia disebabkan oleh kebakaran yang berlaku di dapur restoran Chinoz. (Chinoz? tak pernah la pula jejak kaki ke restoran tersebut... sedap tak?)
Anyway, di Pusat Sains pun apa kurangnya.
Waktu operasi PSN adalah setiap hari kecuali hari Jumaat. Ini bermakna, kami buka 6 hari dalam seminggu, pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. Pelawat yang datang pelbagai agama, bangsa dan bermacam-macam warganegara.
So kami juga perlu equipt diri kami dengan pengetahuan pertolongan cemas. At least kalau terluka atau tercedera, tahu apa yang hendak dilakukan.
Ini gambar insiden yang berlaku pada musim cuti sekolah hari itu.
Ada pelajar lelaki tercedera dan dihantar ke PPUM untuk rawatan lanjut.
Saya ingin menggalakkan semua ibu bapa di luar sana untuk turut mempelajari ilmu pertolongan cemas. Hal ini boleh menyelamatkan nyawa (diri sendiri, pasangan kita dan juga yang lagi penting, anak-anak kita).
So, marilah kita sama-sama lengkapkan diri kita dengan ilmu pertolongan cemas seperti lilitan / bandage, pertolongan sekiranya tercekik, pengsan, dan sebagainya.
This is crucial because we'll never know when our knowledge will be needed (and applied).
Sekian dahulu buat kali ini....
Salam hujung minggu! :)
Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here
Comments