Salam....
Oh, semalam saya terbaca status Facebook rakan saya, Hanz mengenai anaknya yang berusia 6 bulan dan setakat ini beliau tidak berhasrat mendapatkan vaccine (imunisasi) untuk anaknya itu.
Saya tertarik sebenarnya.
Masalahnya : Bolehkah?
Dan satu perkara lagi (yang amat penting) ialah : tak efek baby kah? in terms of immunity? Sebab walaupun kita bagi breastfeed, and jaga environment baby, tapi it's the immunity yang kita concern..
So saya sedang menanti Hanz punya explanation (sebab saya tak rajin google..) hahahah
Ada ibu-ibu kata kalau nak sekolah nanti, sekolah akan minta rekod perubatan.. So kalau gitu, payah juga la kalau tak berikan immunisasi pada anak kita...
hmm...
Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here
Comments
sebenarnya gerakan anti vaksin memang dah meluas di USA. tetapi sebelum para ibu membuat keputusan untuk tidak memberi vaksin pada anak -anak, rasanya sepatutnya mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak, pro and contra , jadi jika ada kesan apa-apa kemudian hari, para ibu boleh bersedia.
vaksin yang diberi adalah untuk penyakit seperti polio, meales, rubella. kenapa kita jarang jumpa penyakit ini sekarang? sebab di eradicate successfully melalui vaksin. ramai kita dah tak jumpa penyakit polio, sebab zaman kita semua orang dah divaksin. saya masih jumpa sekali sekala orang yang lumpuh terkena polio di zaman 40-50 an dan trust me , you DO not want to get polio. lumpuh separa badan, bayangkanlah corak kehidupan begitu...
Mumps diberi vaksin kerana sekiranya terkena measles, kesan sampingan boleh merebak ke organ peranakan lelaki dan menyebabkan kemandulan. Kita pernah mencapai almost 0 case of TB, disebabkan pemvaksinan BCG, tapi kes dah meningkat sebab ramai warga asing yang tak vaccinate datang ke negara kita dan menyebarkan TB pada rakyat tempatan. HiB kalau terkena pada anak anak, boleh merebak ke otak menjadikan meningitis/ pneumonia teruk dan sebagainya.
Secara amnya, rakyat biasa, jarang nampak kes-kes yang teruk, jadi ramai berfikiran " ah, takkan terjadi pada anak aku..." Tapi kata lah terkena, badan anak tak ada stok antibodi untuk penyakit penyakit teruk ni, nak tunggu badan buat sendiri ambil masa. Sempat ke?
Sebenarnya di USA dah banyak terjadi semula penyakit yang sebelum ini berjaya dihapuskan seperti smallpox. Measles epidemic pun dah meningkat, bila siasatan dijalankan, didapati puncanya adalah orang yang tidak terima vaksin.
tentang general observation - My other children seemed healthier- u have to understand that children gets about 10-12 respiratory infection every year from A LOT of respiratory virus : adenovirus, corona virus, etc etc. Govt tak vaccinate against these virus, so memanglah boleh demam batuk selesema, kalau sebulan sekali dikira biasa. kalau u seriously nak protect against these viruses, then go for annual influenza injection.
pendapat saya, ilmu adalah kurniaan Allah. Allah dah beri pengetahuan, kerajaan dah spend banyak duit beli vaksin diberi percuma, gunakanlah. Kalau anything happened , our conscience is clear , because we know we have to prevent it. there is one blogger that I know, did not vaccinate all her children. bila anak dia demam, terus panic. Specialist terpaksa tahan Dan monitor berhari-hari, sebab due to dia tak divaccinate, dia boleh dapat komplikasi lebih teruk dari budak budak biasa. Is this what we want? Simply put our beloved children in unnecessary risk, just because we want to go all natural?
Banyak lagi penyakit yang tak boleh nak elak. kencing manis, kanser, darah tinggi, dengue fever.... I wish we can find vaccines for all these. but we dont. Allah belum beri. Jadi apa yang Allah beri, gunakanlah. Nanti bila susah, pergi hospital juga, cari doktor juga...
Wallahua'lam....