SBPA: serba sedikit yang saya faham...




Salam....



Jumaat lalu ada taklimat SBPA.. so saya pun terpanggil untuk share di sini, apa yang saya tahu, memandangkan kakak saya pun macam blur-blur lagi pasal hal ini..


At first, saya ingat skim ini akan memberi peluang dan ruang kepada para pembodek untuk mengipas boss dan in return, dapat high skt dan dapat kenaikan gaji.. heheh



Rupanya salah.. aiseh..


Ok, let me cerita sikit SBPA.



secara keseluruhannya bagi saya, this skim is better than SSM.


Kalau nak cerita, sebenarnya it will take 3 hari, 3 malam.


Tapi saya terangkan secara brief saja lah ya.


1. gaji sesama kita tak akan beza banyak. cth: pegawai sains (macam saya), C41.


Selepas ini tak ada lagi dah 41, 44, 48 dll.


dia akan jadi 1-1. (nombo awal tu represent kelayakan: 1 tu for degree, 2 - diploma, 3 - STPM dll)

(nombo kedua tu represent gred, macam 41 tu 1, 44 akan jadi 2 dll)


Tak silap kalau pegawai sains dengan pegawai veterinar, gaji dia hampir sama aje, sebab kelayakan adalah sama... (lebih kurang gitu lah..)


2. gaji minimum dinaikkan (yg ini saya tak ambil port, tapi kalau dulu P1T1 dalam rm600 je, now dia dah raise jadi berapa ringgit tah..)


3. skim gaji sebaris.


oleh kerana PTK dah tak ada (diganti dengan skim lain), so dah tak wujud P2, P3.. so tangga gaji jadi sebaris....


Ada dinding? tetap ada.


4. Cumanya satu yang saya suka tentang skim ini ialah ada a few jawatan yang TIDAK PERLU KEKOSONGAN dan boleh naik pangkat (jika layak). So macam jawatan Pegawai Sains di Pusat Sains Negara ini, kalau nak tunggu C44 kosong baru saya boleh naik, it will take years.... So under skim ni, saya tak perlu tunggu lama. boleh terus naik je (kalau layak) :)


5. Gaji naik!!!


Well, tak banyak mana pun.. tahunan dalam rm220 je. Tapi yang nyata, januari nanti gaji agak meningkat sikit. Cthnya now di T7.


So gaji anda (dan saya) Januari nanti - dia akan ambil gaji T8, lepas tu dia akan check, di tangga gaji sebaris SBPA tu, yang mana nilai yang sama atau lebih tinggi. So gaji pada bulan Jan adalah : 3000 lebih instead of rm2000..


6. yang mana pekerja yang slow/tak produktif akan dibuang kerja (atau bahasa enak sikit, exit policy)


Eloklah gitu.. kita selalu dengar orang kata kakitangan kerajaan ni tak produktif la.. curi tulang la.. this is the time kita betul-betul get rid all those people.. :)


7. Kena pencen 60 tahun?


Oh.. kita yang sedia ada dalam service ni akan diberi pilihan.


sama ada 56/58/60 tahun. Dahulu kita dah pilih pencen umur berapa? saya rasa saya pilih umur 56. So skim ni dia bagi chance kita pilih 56 ATAU 60 tahun. kalau baru masuk service pada 2012 onwards, mereka WAJIB pencen umur 60 tahun.. gitulah.


Tapi kan, walaupun kita pencen 56 tahun, kalau tetiba nak pencen umur 55, dibolehkan, graduiti dapat. tapi pencen bulanan hanya akan berkuatkuasa pada umur 56 tahun.



Itu saja kot..



So.. kalau ada soalan, sila tanya. Kalau saya silap, ampun dan maaf ya.



Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Comments

Zue said…
Thanks sis, interesting breakdown.... We shall now wait for cuepacs consensus....
salzahari said…
betul dah tu..actually itu kata org..Skim Bodek Pegawai Atasan ni selalunya yg amalkan kumpulan2 yg mmg risau tak dpt markah sbb keja meraka sdiri buat halai balai...

Skrg ni dah jrg laah Pegawai Atasan yg makan bodek...Sana byk ke? Huhuu..Sian jgk kalau jenis makan bodek,ko perform camne pun boss pandang sebelah mata dan ini saya dgr byk berlaku di state.