Persediaan menimang cahaya mata

Salam...


Hari ke hari kawan saya menunggu hari... ahahahah...


Pada my cubicle jiran, Zaza yang akan menimang cahaya mata pertama, saya ucapkan good luck...


Insya allah...


Banyakkan berdoa, makan kurma banyak2 (rasanya kurma boleh beri tenaga) dan mohon ampun dan maaf dari suami...


sebagai persiapan menimang cahaya mata, salah satu perkara yang perlu dititikberatkan adalah susu badan.


Jangan khuatir sekiranya susu badan belum diproduce. Insya allah, selepas sahaja melahirkan anak, just sua saja pada baby anda.


Insya allah nanti baby hisap.. and pagi nanti anda lihat, susu pun dah ada... :) mcm magic, kan..?


Ok, so ketika berpantang, susukan bayi dengan susu ibu..


dia merengek je, sua.


merengek je, sua.. kan senang.. :)


Insya allah susu akan banyak.


Tapi bear in mind, bayi banyak tidur.


So kalau dia tidur lebih empat jam je, nurse biasanya suruh kejutkan baby, suruh minum susu.


Tapi kadang2 kita kasihan.. so ibu-ibu PERLU mengepam.


sebab, kalau tak pam, badan (otak) akan ingat susu tidak diperlukan, so penghasilan akan menjadi makin sikit.


So inilah masanya untuk membuat STOK susu.


pemilihan pam bergantung pada bajet anda.


Kalau dalam 2 atau 3 ratus, boleh je beli Spectra 3 (macam saya..)


Kalau bajet seribu lebih, tepuk dada, tanya selera.


Ada pelbagai jenama di pasaran. Avent, Medela, dan yang terbaru, MODU.


Boleh survey harga di online shop macam sarakids.com, momslittleones.com dan sebagainya.


Setengah orang (macam saya), tak suka beli online. especially benda yang harganya beratus. So better ke kedai dan beli.


Macam saya hari tu saya beli di Bebehaus di One Utama.


So, selamat mencari pam...


Nanti saya sambung entri Persediaan menimang cahaya mata Part 2 pula ya! (haruslah ada second part, macam breaking dawn kan...) :)


Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Comments

zA zArEeNa said…
hi siti..zaza here..do you miss your neighbour?.. thanx a lot fot the info..risau gak nak join the club. t dgn sokongan famili dan kwn2 insya allah ok.. =D