Salam...
Semalam hari jadi saya! kami ada la makan-makan sikit di sini...
Alhamdulillah, saya masih lagi bernafas di usia 29 tahun...
Sebenarnya bila dah berusia ni, hari jadi dah tak rasa apa..
Tak la excited macam waktu kecik-kecik dulu.
Time kecik-kecik dulu excited.. sebab dapat potong kek.. dan dapat hadiah! :)
Bila dah besar ni, dah tak rasa apa sangat...
Meskipun begitu, terasa sedikit kecil hati juga la, bila en suami lupa hari jadi kita.. wish pun tidak! hmm..
Anyway, dia kata dia tak sambut perayaan hari jadi. Katanya seperti budaya barat.
Sebenarnya kita sambut ala kadar, dan mengikut agama kita lah.
Kita potong kek (sebab kek mahal, sebiji kek secret recipe dalam RM70 - RM80) pun bukannya hari-hari. tu yang rasa spesel tu :)
And then, sebelum makan, biasanya kami (mak bapak saya la) akan baca doa.. mendoakan empunya badan supaya panjang umur dan murah rezeki.. dan kadang kala bapak saya buat tahlil ringkas.
Tak molek begitu..?
And then sebenarnya bila kita meraikan hari jadi ni, secara tidak langsung ia satu kesedaran buat empunya diri.
Yang ni saya tak tahu lah, u all perasan atau tidak.
Tapi di balik angka 29 itu, saya sebenarnya merasa takut..
Takut kerana semakin hari, semakin hampir kita dengan kiamat..
Semakin hampir kita dengan alam barzakh.
Adakah kita sudah bersedia untuk itu?
Adakah amalanku sudah mencukupi untuk mengharungi itu semua?
Terkenangkan itu semua, saya merasa takut...
Takut juga mengenangkan apa nasib anak-anak saya pada masa depan..
Adakah saya berupaya mendidik mereka sehingga mereka besar panjang nanti..
Kalau saya ditakdirkan dijemput Allah terlebih dahulu di kala Alia dan Ariff memerlukan bantuan, didikan dan asuhan dari saya, bagaimana nanti...
Oh.. risau....
Oleh itu, saya memanjat kesyukuran kerana masih dikurniakan Allah hayat dan kesihatan yang baik..
Semoga saya menggunakan ia sebaik-baiknya...
Semoga saya menggunakan hayat ini di jalan Allah..
Amin ya rabbal 'a la min....
Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here
Comments