Apa nak buat kalau termengandung anak luar nikah

Salam..

Aduhai. Satu demi satu berita sedih saya baca. Bayi itu.. Bayi ini.. Semuanya tidak bernyawa lagi.. Masya Allah.

Tidak kasihankah mereka pada bayi yang lahir itu? Mana sifat peri kemanusiaan seorang insan yang bergelar ibu?

Hmm.. Dah. Tak nak berleter panjang2. Hakikatnya kita memang dah nak memasuki tempoh akhir zaman.. Manusia pun dah tak reti nak berfikir. Belajar tinggi tinggi, lepas tu buang bayi. Aduhai..

Ok. Senang aje.

Kalau anda (yang membaca ni) atau rakan anda telah termengandung anak luar nikah, here's what to do:

1. Insaf dan menyesali perbuatan lampau yang terkutuk tu. Sesungguhnya Allah SWT menerima taubat umatnya sehinggalah ajal menjemput kita.

2. Sekiranya masih hamil, jaga kandungan anda. Makan makanan berkhasiat, jauhi rokok dan benda2 yg haram (cth arak dll). Ingat, anak tersebut tidak bersalah walau sebesar zarah pun. Yang bersalah adalah anda dan pasangan anda. Jagalah anak dalam kandungan dengan penuh kasih sayang. Insya Allah, rahmat dan keredhaan Allah akan sentiasa bersamaNya.

3. Jangan sekali kali terfikir untuk membuang/membunuh/menggugurkan anak tersebut. Kenapa? Sebab ia adalah berdosa. Kalau nak duduk dalam Neraka Jahanam, silakan.

4. Cuba fikirkan orang lain. Cuba bayangkan, ada banyak pasangan di luar sana yang tidak dikurniakan anak. Alangkah bertuahnya anda kerana telah menjadi insan terpilih oleh Allah untuk merasai pengalaman mengandung dan seterusnya bakal menjadi ibu. Tidakkah anda bangga?

Ok, so macam ni lah. Fasa seterusnya ialah melahirkan anak.

Selepas itu apa?

Di sini saya nak bagi beberapa cadangan.

Ada di pahang tak silap namanya baby hatch. Refer here (http://www.orphancare.org.my/index.php/baby-hatches/)..

Ataupun kalau x mau pahang (sebab jauh kot..), di area PJ pun ada. Ni alamatnya:
6, SS1/24A, Kampung Tunku

Baby hatch ni pun dikendalikan oleh orphancare.

So saya nampak itu je la kot penyelesaian bagi masalah melahirkan anak luar nikah. Kalau nak jaga baby tu lagi elok la. Boleh breastfeed sekali :)

Anyway, baby hatch tu lagi elok la dari membuang anak tepi longkang.. Dlm tong sampah.. Dan lagi sedih kalau tergamak membunuh bayi malang yang tidak berdosa itu..

Ok la. Tamat di sini bebelan saya di malam hari.. Kalau ada sebarang pertanyaan bolehlah email ke sitizuhaini@gmail.com ya..

:)

*takda ke org nk sedekah baby..? Saya ada a few member yg nak anak!! So pikir pikirkan lah ya, sebelum bertindak..

Wassalam..

Gambar hiasan.. : Ariff Ziqry :)




Note: hargailah anak anda..

Comments

mak encik | SZ said…
yaa..betul tu zu...
macam2 perasaan ada bila terbaca / tertengok berita macam2 kes ttg bayi ni...
mmg ramai lagi orang baik2 di luar sana menanti zuriat ...
Kambenggurun said…
pasni boleh masuk ustazah pilihan ye.