Ramadhan 1432 H

Salam.....


Kedengaran lagu raya mula berkumandang.


Daku melihat jam.


Salah.


Daku melihat kalendar.


Baru 16 Ogos.


Maknanya baru enam belas hari berpuasa.


Enam belas hari!


Dah nak raya..?????


Well, kalau daku mengimbas sedekad yang lalu, memanglah daku antara individu yang sangat gembira tatkala melepasi separuh bulan Ramadhan..


Namun..


Untuk tahun ini daku berasa sedih..


Berasa sedih kerana Ramadhan bakal berakhir..


Sedangkan nak tunggu Ramadhan untuk datang memerlukan sebelas bulan lamanya!


Adakah ini Ramadhan ku yang terakhir?


Wallahu'alam..


Adakah daku sudah memanfaaatkan Ramadhan kali ini sebaik-baiknya?


hati kecilku menangis..


tatkala bila terkenangkan tahun ini daku kerap tinggal terawih..


Sebabnya kena jaga Ariff (dan Alia...)


bila terkenangkan daku tidak bertadarus...


tidak khatam quran...


aduhai....


Tak pe..


Ada separuh Ramadhan lagi!


Ayuh! kita harus pergunakan Ramadhan ini sebaik-baiknya!


Waktu rehat nanti jangan tidur! kita isi dengan bacaan ayat Quran.. bertadarus sama-sama..


Semoga mendapat keberkatan dariNya.


Amin...

Comments