Assalamualaikum...
Kita telah dikejutkan dengan berita pemergian adik-adik kita di Rumah Anak Yatim At-Taqwa Hulu Langat dek tanah runtuh Sabtu lalu.
Sedih la, sebab kanak-kanak ni dah la anak yatim..
Tak pa la, nak buat macam mana.. dah takdir Allah..
*yang tensionnya bila tengok berita, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor kata:
"dalam TV dah ada banyak kita bagitahu, tanda2 tanah runtuh, so silalah tengok dan jika ada tanda-tanda tersebut, kena lah cepat2 beritahu pihak berkuasa"
Oh well, dia macam blame Rumah Anak Yatim sebab tak aware..
Kalau tanya saya, pun, yang kita tahu ialah air mengalir. kalau air mengalir bawah tanah mana kita nak tau, ye tak?
anyway, setelah Google, ini adalah tanda-tanda tanah nak runtuh (ambil dari sini):
Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena bencana alam yang kerap berlaku masa kini di Malaysia.
Kawasan tanah runtuh boleh berlaku:
• di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama
• di kaki atau permukaan atas cerun
• di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama
• di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak
Kawasan yang selamat daripada tanah runtuh :
• di kawasan keras, batu-batan tidak bersambung dan tiada pergerakan pada masa lampau
• di kawasan datar jauh daripada cerun dan sungai
Tanda-tanda sebelum berlakunya tanah runtuh :
• Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atau terjadi
• Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima
• Ketandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaan
• Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget / bergerak daripada struktur utama rumah
• Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit
• Kepecahan serta kebocoran pada paip air
• Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagar
• Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok
• Pemendapan ketara permukaan jalan
• Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa
**oleh sebab Pak Nil kata duit AFUNDI malam Sabtu lalu akan disumbangkan ke Rumah Anak Yatim ini, maka daku buat pertama kalinya meng AFUNDI... Sampai salah-salah taip.. (saya AFUNDI Hazama tu!) :) hihihi....
Wassalam...
Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Comments