Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Well, saya dah masuk minggu kedua saya bekerja after three months punya maternity leaves.
Ramai member ofis tanya :
1. hantar anak di mana? (jawapan: di rumah babysitter yang sama dengan Alia)
2. Habis tu, anak menyusu macam mana? bagi susu tepung?
ye, saya terima baaanyaaak soalan sedemikian rupa.
i guess mereka tak tahu.
mungkin ramai beranggapan kalau menyusu badan, kena berada dengan baby 24 jam.
anyway, ada juga tanya :
So, you breastfeed anak you? Susu banyak ke?
Well, susu saya adalah sebanyak mana yang Ariff minum. Banyak mana dia minum, banyak tu jugalah badan saya produce.. :)
ada lagi soalan:
Pam kat ofis? lecehnya...
Hmm.. leceh ya?
Well, saya rasa tak leceh pun. ok la, mula-mula ada masalah cari port yang sesuai, and then last2 saya decide pam di cubicle ajalah. malas ke makmal, sebab makmal pun nak digunakan.. hihihi :)
(sebenarnya tang mana yang leceh...? saya rasa senang je..)
And then, setiap kali lepas pam nak kena basuh corong. Leceh ke? Saya rasa senang je.. In fact, semalam saya ada terbaca, kalau malas, TAK PERLU basuh corong tu. memadai lap saja dengan tisu kerana susu dan already ada antibodi. so insya allah takkan ada kulat/bakteria nak membiak di situ. (tapi saya geli la nak pakai kalau tak basuh. hahaha...)
Pam ikut time, and then hasilnya, masuk dalam cooler bag. balik rumah, separuh masuk fridge, separuh masuk freezer. Dah siap! :)
Well, sebenarnya, nak atau tidak, tepuk dada tanya selera.
Antara NAK dengan TAK saja.
Kalau nak, there are few things yang u kena buat.
Kalau tak, pi la beli formula.
ok, back to my topic.
Why do I breastfeed?
Sebenarnya, saya ada banyak reasons kenapa saya kalau boleh nak menyusukan ariff sampai dia dua tahun.
Sebab yang utama ialah antibodi.
Alia dulu hanya 2 bulan je bf, lepas tu minum susu tepung.. end up, dia cepat kena penyakit.. kalau pembaca di luar sana masih ingat, Alia pernah dimasukkan ke dalam wad pada usia 6 bulan! sebabnya: dia batuk berkahak. sangat sedih tengok dia kena neb dan sedut kahak pakai tiub.
Sebab seterusnya ialah 'segan'.
Ye, saya segan dengan kakak saya. Dia doktor, yang sibuk memanjang, tapi dia berjaya menyusukan anaknya dengan susu badan sampai Eva hampir 2 tahun! So, kalau doktor yang bz boleh, takkan la saya tak boleh..? :)
Sebab seterusnya ialah suruhan Allah SWT.
Well, nak ikutkan, itu sepatutnya jadi sebab pertama, ye tak? anyway, saya ada pernah diberitahu/terbaca somewhere, yang Allah SWT pernah berfirman berbunyi: "susukanlah anak anda sampai 6 bulan dan continue sehingga dua tahun".
So, kita ni kan hamba je. kalau dah tuan kita SURUH, kita buat aje la. bukannya boleh pilih, nak ke tak? ye tak?
Saya bila mengenang Firman ni, saya sedih sangat bila fikirkan Alia saya tak berjaya bf sampai 2 tahun.. huhu :(
Dan saya pernah terbaca, BREASTFEEDING IS NOT AN OPTION. IT IS A MUST!
Kenapa must? Sebab susu ibu ada antibodi.
Pernah anda terfikir kenapa ia mengandungi antibodi? Sebab, first 6 months of a baby's life, mereka tak ada antibodi.
So, susu ibu adalah THE ONLY SOURCE of their antibody.
Lepas 6 bulan, barulah badan mereka boleh menjana antibodi sendiri (itupun sikit demi sikit la)
Sekarang ni pulak, dah ada macam-macam penyakit di luar sana. H1N1 la, adenovirus la.. anda tak takut ke anak anda yang kecil tu dijangkiti penyakit sebegitu? huhu... nauzubillah.
So, itulah serba sedikit reasons KENAPA SAYA MENYUSUKAN ANAK SAYA DENGAN SUSU BADAN :)
*Kalau anda rasa breastfeeding ni mahal, (ye la, nak beli breastpump, storage bottles, cooler bag dll) why not TIME PREGNANT lagi anda dah beli sikit2 keperluan tersebut. Nanti bila baby dah lahir, tak la terasa macam mahal sangat, sebab semua dah ada! (In fact, breast pump x payah beli pun tak pa, boleh perah pakai tangan aje...)
:) sekian.
*pic googled
Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here
Comments
alhamdulillah. elok la gitu. kalau ada kesedaran, bagus! jangan jadi macam saya, time Alia dulu saya banyak benda tak tau.
Hang kalau nak timba ilmu, di website susuibu.com banyak tips, and ibu-ibu share pengalaman/masalah dalam breastfeeding. yang penting jangan cepat give up :)
tepuk dada tanye selera aje. nak seribu daya, taknak seribu dalih. kan? tak rugi kan?
sbb tu sy rs lg mudah susu bdn....ye, sgt bangga kalu ibu bz spt doc dpt buat apalgi kita yg keja fix time? apa alasan?
saya pnh dpt pujian dari doctors yg dia kata dia malu x dpt bf lm sbb keja dia..but then inspired by me, next bby dia beli electric pump n she managed to bf her 4th child up to 1 yr!! alhamdulillah...
better late than never! ;)
next bby comming ni...im gonna bf lg...suke suke suke...