Misi mencari iPhone4

Salam....

Yes, Seperti yang anda sedia maklum (sebab saya dah selalu sangat war-warkan di FB), saya mempunyai satu misi, iaitu membeli iPhone4.

Saya dimaklumkan untuk menggunakan phone tersebut, kita perlu membelinya sekali dengan line.

so syarikat telekomunikasi yang menawarkan iphone + line adalah Digi dan Maxis..

Saya memang seorang pengguna tegar Maxis.

Namun, plan yang ditawarkan agak mahal (bagi saya).. sebagai contoh, penggunaan internet sekiranya melebihi had, akan dicaj.

So i turn to Digi.

First day dalam pencarian, kami ke Low yatt (kami tu : Saya, En. Suami dan Alia) :)

Saya ada ternampak iklan ini...


So, saya beranggapan dengan hanya RM58 sebulan (saya assume ia adalah Easy Payment / Installment) saya dah boleh beli..

Rupanya tekaan saya meleset..

untuk memiliki phone ini ada 2 cara:

-bayar terus cash/credit card
-bayar secara ansuran (installment)

Saya mula-mula berhajat nak ambil installment saja. dia panggil Easy Payment Plan.

Tiap-tiap bulan hanya perlu bayar dalam RM seratus lebih.. dan ada dua choice, sama ada nak bayar 2 tahun atau 3 tahun.. seratus lebih tu adalah harga phone termasuk line tiap2 bulan.

Tapi in the long run, sebenarnya kita bayar berkali-kali ganda.

Tak silap saya, hari tu saya berkenan 16GB, installment tiap2 bulan RM 153.24 (untuk 24 bulan) dan RM102.16 (untuk 36 bulan)..

*sila refer to this page ya..**

tapi, bila tengok jumlah yang dibayar, tak silap ia adalah 3 ribu lebih. (hampir ke 4 ribu juga lah).

And then, satu yang tak bestnya, walaupun tiap2 bulan bayar seratus lebih saja, tapi once dia nak swipe kad kredit, dia nak swipe 4 ribu terus. aiseh..

that made us balik rumah and rethink.

so, saya kata pada en hubby, baik beli phone pakai kad / cash, and tiap2 bulan bayar je bil.

kami ambil plan iDigi88. buat masa sekarang ini, promotion selama 2 tahun, tiap2 bulan hanya perlu bayar RM63. Kalau autobilling (tak silap, bayar pakai kad kredit) hanya RM58 saja.

Tapi lepas 2 tahun, rm63 tu akan jadi rm88.

So kelmarin kami pun mulalah mencari iPhone idamanku...

dah siap print all the Digi Centre yang ada jual phone ni..

1st stop : kami ke Digital Mall.

can u believe, that iPhone 4 dah HABIS STOK! (both, yang 16 GB dan juga 32GB!)

ok, so kami ke Low Yatt pula..

unfortunately, parking tiada!

then, kami ke KL Sentral pula.

Pun dah habis!

last sekali, kami ke Solaris Mont Kiara..

Memang tawakkal giler. rasanya kalau dah habis, memang balik rumah la jawabnya :D

Nasib baik ada lagi.. tapi yg 32 GB la.. yg 16 GB dah habis hari Jumaat lepas lagi..

anyway, itulah cerita saya bertajuk Misi mencari iPhone 4 :)

Would you like to place an Advert on My-ALia.com? Please click here

Comments

Zue said…
susah gak nak carik iphone ni eh

interested gak nak beli smartphone
hari kekna eyeing samsung galaxy s
nokia slide 6600i ingat nak bg bapak

tapi tadi tanya member yang pakai iphone 4
dia kata internet tak ada 3g!
so tak guna beli iphone, tak ada internet!

tak pe takpe selamat duit aku hihihih
tanya bapak nak phone baru ke?
Diver Mom said…
oh.. kalau smart phone, org biasanya amek blackberry je. 1k je. senang pakai. kalau iphone, ani tak rasa kek suka.. edol suka kot, sebab dia mmg suka gadgets.

bapak..? elok beli Nokia je la kek... and then yang ada memory card.. sebab Sony Ericson ni bapak tak reti-reti pakai... sian bapak..

iphone x dak 3G..? ha.. ani da buat satu post dah. sila check.. hahaha :)
Zue said…
edol dah memang pakai blackberry. dia tak nak iphone, dia kata tak ada yang baru...dia nak tunggu tablet pc, keluar next year - playbook , apa ntah lagi, so dia nak beli yang tu kot...

ani survey surveykan , kalau ada yang user friendly ngan banyak sms memory capacity sikit, nanti kite beli buat besday kat bapak...ada orang tu kan baru dapat gaji 3 bulan kan ehem ehem ...
himawari said…
salam kak.saya nak tanya..iphone plan digi tu mcm mana ea? kita dapat iphone tu and guna line dia byr tiap2 bula rm58 eh?

b4 dapat iphone tu kita kena bayar pape x? saya tengah survey2 n takot pulak silap paham or tertipu..

kak guna oke ke line digi? bil dia ada limit x?

thanks so much if kak reply dis..sgt hargai =)
Diver Mom said…
Salam, Himawari,

erm.. benda ni complicated sikit.. ahahaha...

ok, camni. untuk beli iphone saja ada dua cara.

--bayar terus cash/credit card
-bayar secara ansuran (installment)

Kalau cash- terus bayar amount phone tersebut.

kalau credit card- terus swipe berapa harga phone tersebut (RM2000 atau RM2500 depends on capasiti)

kalau installment, dia akan swipe kad kredit, dalam 4000 lebih rasanya. and then tiap2 bulan kena bayar dalam 100 lebih..

yang RM58/RM63 tu bil. Kalau kita kata bil tu caj ke kad kredit terus, bole dapat RM58. tapi saya kata x mo, so saya diberi RM63. tapi RM63 tu untuk 2 taun je. lepas 2 taun nilai dia akan jadi RM88 sebab plan tu adalah iDigi88.

setakat ni saya pakai ok je. ada had limit. berapa ratus tah.. tapi setakat yang saya pakai jumlah yg kena bayar biasanya antara RM80 - 100.

Sekian saja. tq :)