Dye rambut / mewarnakan rambut hukumnya halal atau haram?

Salam....

Ok, lanjutan dari entry terdahulu bertajuk Rambut seperti Claire Danes,

saya ada terima komen yang menarik dari eva.. ahaha..

dia kata pi la dye rambut di saloon!

oh, ibu Alia pun dah mula berangan warna apa nak dibubuh..


coklat ke... coklat cair (macam mata edward cullen ke..) atau blonde ke.. atau ....

So, saya pun Google la...

Pewarna Rambut Yang Halal

Oh, terjumpa thread forum iluvislam.com


Katanya,

"Berkenaan dengan hukum dye kan rambut ni,para ulama sudah lama bahaskan.Antaranya adalah Imam Nawawi dalam syarah Sahih Muslim.Kata beliau: “Hukum mewarnakan rambut untuk menutup uban adalah Sunnah ,Sunnah mewarnakannya kecuali dengan warna hitam”.( syarah Muslim, 14/266).

Dalilnya: "Ubahlah (warnakanlah) rambut putih ini, dan jauhilah ia dari warna hitam." (Riwayat Muslim)

Pandangan ini disokong dan disahkan oleh Lajnah Fatwa Al-Azhar .Manakala menurut , Prof Hasbi Siddiqie ((Hukum Fiqh Islam) berpendapat bahawa hukum yang paling rajih adalah makruh.


Untuk mewarnakan rambut tu,kena pastikan sama ada dye itu menghalang air atau tidak.Kalau ia menghalang air maka tidak boleh,walaupun bahan itu halal sekalipun.Selalunya perwarna asli seperti inai dan katam tidak menghalang air,so boleh la guna.

Perempuan dye rambut boleh,tapi bagi wanita yang sudah berkahwin semata-mata untuk suaminya.Dan suaminya pon suka..Kebanyakaan majlis fatwa menghukumnya sebagai harus,antaranya lajnah fatwa al-azhar.
"

Oh.. baru saya tahu. Saya ingat boleh suka suki je dye rambut! ahahaha..

So, en suami, boleh dye ka....? :) kita buat try and error... kalau tak suka, kita tak buat dah ler.. hihi :)** saya nak dye rambut macam Bella Swan, boleh..?** :)

Would you like to place an Advert on My-ALia.com?
Please click here

Comments

Hanz Jamaludin said…
Zu, betul yer boleh dye ngan syarat halal? Oh..me dah lama teringin tapi takut sebabkan was2 tang hukum..lepas ni apalagi..teringin nak buat reddish brown tu.. :)
Diver Mom said…
Hanz:
saya baca, sebenarnya hukumnya berbeza ikut keadaan.
-kalau macam kita yang uban pun tak dak lagi, hukumnya x boleh patutnya.
TAPI, ia jadi HARUS sekiranya suami kita benarkan dan dia suka...
:)
Unknown said…
macamana nak tahu bahan tu menghalang air ke tak ek?
Diver Mom said…
Zety:
menjawab soalan saudari:

...untuk mengetahui sama ada menghalang air atau tdak, biasanya yang menghalang air adalah bersifat seperti minyak iaitu tidak bercampur dgn air...

**tak silap brand Shurah tu Halal tapi setakat mana dia menghalang air atau tidak, tu saya tak sure.. :)
Kambenggurun said…
nak kawen lah cmni. leh kaler rmbut. hoyeah! mak! ika nak kawen esok!
Diver Mom said…
acu:
pi la kawen. ahahahah :)
eva said…
hehe
saya sokong pendapat makngah

petikan komen dari

http://drmuna.wordpress.com/2009/07/11/mewarna-rambut-bolehkah/

komen dr muna...

Pada pandangan saya, jika kita yakin pewarna rambut tidak menghalang air ie not water proof, dan kita ingin mewarna rambut kita, maka hukumnya harus. Lagipun hukumnya jelas dan sudahj dibincangkan oleh ulama’. So, jgn kita haramkan sesuatu yg harus jika ianya dibenarkan.

Tp, kalau kita tak yakin, maka kita elakkan utk ketenangan diri.

Wallahu a’lam.

komen suaminya, ustaz hasrizal (www.saifulislam.com)

Apabila sesuatu dihukumkan harus, didiklah manusia untuk memanfaatkan keharusan itu sebaiknya.

Jangan dihalang apa yang sudah harus hukumnya. Khuatir nanti, terjebak dalam kelakuan mengharamkan apa yang Allah halalkan, yang mana ia sama celanya dengan menghalalkan apa yang Allah haramkan.

by the way , ani,as u know, there are certain people in this world that would find fault in whatever we do.as u know, i dyed my hair before, and the results was disastrous. so actually, to save ourselves from negative opinion from the "older generation" , , no need to do lah...

i think you have great hair by the way. :)