Tempat-tempat yang menarik untuk dilawati

Salam..

So, kita akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina..

dan ada 4 hari cuti di situ! (Sabtu - Selasa)

So.. u all nak pergi mana...?

Saya balik kampung je... belah suami kot...

Anyway, kepada sesiapa yang masih tak tahu nak ke mana...

Di sini ada satu list, tempat-tempat yang saya rasa agak menarik untuk dilawati...


1. Pusat Sains Negara
(yes, harus promote tempat kerja sendiri!)

Well, masalahnya sekarang ini Pusat Sains Negara sedang ditutup untuk penambahbaikan, so, terpaksa move on to number two.


2. Planetarium Negara

-Sangat menarik, especially kalau nak didik anak2 tentang astronomi.. angkasa lepas, ada model Soyuz, ada tayangan filem... terletak di Taman Tasik Perdana..

3. Berjaya Times Square

-Saya dah ke sana a few times. Sangat best! Ada tayangan 3 D, dan ada Cosmo World. Di Cosmo World ada untuk kanak-kanak, dan untuk dewasa.

Untuk para dewasa di luar sana, silalah mencuba Roller Coaster di Cosmo World.. sangat best!
4. Aquaria Yang ini saya tak masuk lagi... Pernah jenguk saja dari luar, sebab time tu tak bawa duit yang mencukupi.. hihi..

5. Zoo Negara

Oh.. Zoo Negara sangat besar.. Luas giler! So kalau betul nak ke sana, sila pakai seluar (trek / jeans) sebab akan berjalan jauh..

and then, kalau rasa cuaca panas, sila bawa payung / cap, dan air mineral sendiri.


Kalau betul2 nak cover the whole area, needs one whole day.. siap ada pertunjukan haiwan lagi :)


6. KL TowerYang ini pun saya tak pernah pergi lagi.. :)

kawan yang pernah pergi kata best! sebab boleh tgk the whole KL. :)


7. Sunway Lagoon

Yang ini kalau nak bawa family bermandi manda, sangat sesuai la.. :) siap ada theme park lagi tu! :)

ok, la hopefully saya telah membantu sesiapa yang masih buntu, tak tahu nak ke mana cuti raya cina ini... :)


*gambar semua di google. kecuali di Berjaya Times Square.. :)

Berminat menyertai My-Alia.com Monthly Giveaway? Sila klik sini...
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Would you like to place an Advert on My-ALia.com?
Please click here.

Comments

sumijelly said…
emm...sumi nak berjalan2 tp tu la..
bila memikirkan kene charge..hahaha..tetiba x moh pergi,.
nak g tmpt yg free jer..hahaha..
giler bajet tul..

tp akan bawa anak2 ke pusat sains.. tp bukan skrg..skrg dia x paham apa2..
tunggu dia memahami br g..kalu tidak rugi la..hehe

http://sumijelly.com
Diver Mom said…
sumijelly:
ye, betul. tapi kalau nak pergi, planetarium caj nya murah. compared to aquaria, berjaya times square dll.

pusat sains nanti la, skrg tgh tutup lagi :)
Nurhayati said…
plan nak gi sunway lagoon.. tapi mesti ramai gile orang kan.
Diver Mom said…
Nurhayati:
well, tak sure la, sesetengah tempat mmg time macam ni ramai orang... tapi kalau nak cuba, apa salahnya :)