Susah betul nak dapat internet dari Streamyx!

Salam...

Sorry. Saya sebenarnya kalau boleh malam-malam nak update blog banyak2... buat autopublish... senang. Di ofis pun boleh buat baaanyaaaak kerja lain!

Anyway, kami sudah isi borang TM Streamyx... dia kata "Tunggu ya, dalam 7-10 hari"..


SO kami pun tunggu punya tunggu...

sampai hari ke 14 kami dah naik tension..

so bila dah masuk minggu ke 3 (hari ke 21) mr hubby call.

Tau dia kata apa...?

"kami tengah cari phone line untuk cik"

(aduhai... lama nya nak cari phone line! fyi, kami ni kan rumah baru, so kena ada phone line dulu, lepas tu baru dia boleh set up internet line!)

lepas tu yang paling kelakar is that:

"cik cuba tanya jiran, apa nombor telefon mereka"

haaa...?????

kami cuba bagi nombor tiang telefon belakang rumah. Tapi dia x terima..

So, kena la tebalkan muka ketuk pintu jiran, mintak nombor telefon!

so semalam (setelah dalam 5 hari kami beri nombor telefon jiran), baru mereka kata "dah ada nombor, sila ke booth TM berhampiran dan sign agreement.. afterwards, mereka akan lantik kontaktor dan kontraktor akan pasang internet di rumah kami"

aduhai....

POTONG????

hehe... x lepas la.. so far Streamyx je yang saya rasa ada coverage di Saujana Utama tu... isk..isk..

Oh Streamyx!!!....

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Would you like to place an Advert on My-ALia.com?
Please click here.

Comments

Anonymous said…
ohh.. mmg kaw baru kena berusaha gigih nk dptkan line.
Shaffik said…
sebab-sebab macam ni laa yang membuatkan orang tak nak pakai streamyx. Die penyedia ISP tapi suka tanyer soalan-soalan yang sepatunye dia boleh jawab...hmmmm
Diver Mom said…
honeylanz:
yup.. kalau broadband lagi lah.. dalam sejam, baru dapat bukak satu page! huhu... celcom ngan maxis sama je... tu yg kami kena pakai streamyx juga... :(
Diver Mom said…
Shaffik:
betul la.. macam x masuk akal pun ia jugak! sebab dia dah ada alamat kita, takkan tak boleh trace dari database dia, jiran kita punya number... aduhai... :(
suhainini said…
salam..sy pun baru mendaftar streamyx..dlm masa 2 minggu lepas register kat booth kat tesc, diaorg dtg pasang line phone and after one week dtg pasang streamyx..
efficient gak..
tapi kan, no telephone jiran mmg kitaorg letak masa isi form..maybe diaorg senang nak check kot from their system..saya pun mula2 mcm confuse gak..kenapa perlu letak no phone jiran ni..hehe
Anonymous said…
bukan tm tak boleh trace zuai..tapi kalau kawasan baru tm kengkadang bulum masukkan alamat kite dalam system...setiap perumahan, pemaju akan bagi alamat kat tm untuk masukkan dalam system...tapi bukan semua alamat pemaju kasi...so untuk memudahkan dan mempercepatkan proses daftar line telefon, tm kena mintak dari customer no jiran untuk trace kawasan...sebab setiap kawasan ada port @ peti yang untuk kontractor tm buat keje...so, skrg nie..kalau sesiapa pun kalau rasa nak masuk treamyx ker telefon rumah ker..bagilah noi jiran...memang lagi cepat tm boleh buat...sekian..tq (dari bini boss yang bisness telekom) hehehehehe....
Diver Mom said…
suhanini:
oh gitu... kami tak disuruh isi ruangan tu.. bila contact, dia mintak, tu yg agak blur... ahaha...
lagi satu, kami tak rapat sangat dengan jiran.. tambahan plak dia tu dalam 4 atau 5 pintu, so, bila dah jauh, tu yg tak rapat sangat... tu yg segan nak ketuk pintu, mintak number phone.. ahaha :)

Amilah:
oh.. gitu rupanya ya... terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar.. :) baru ku paham... :D
CiKaYu said…
fuyoo...itu macam ka?
Diver Mom said…
cik ayu:
yup.. itu macam.. u pakai apa..? broadband ke..? atau wireless macam Streamyx ni..? atau P1Wimax..?
Farah Deeb said…
Alaa jelesnyaaaa...! Saya baru je dok kat Bukit Saujana tu dan line TM takde!!! Owhh tidakkk!!!!