Maid, Babysitter atau Nursery...?

Salam..

Semalam ketika saya hendak mengambil Alia dari rumah babysitter, saya perasan satu perkara..

Ramai pulak budak-budak di rumah makcik babysitter hari ini, ya..?

Rupanya ada penambahan seorang lagi (that makes it total ada la dalam 5 orang)


Makcik beritahu bahawa rakan beliau punya bibik sudah lari!


Oh.. kasihan..


Ye lah, come to think of it, kalau ambil maid (aka Bibik) (dari agensi atau cara lain), kita akan dikehendaki untuk invest dalam ribuan ringgit juga la... (tiket flight, pemeriksaan kesihatan, imigresen etc)

and then, bila dah kerja sebulan dua, lari pula!

Oh.. sangat kasihan, kan..?


And then comes Babysitter (a.k.a. Pengasuh).

Kami pilih option ini sebab :


1. tak mahal sangat (compared to maid, tapi harga lebih kurang sama dengan mursery)
2. tak ramai sangat

yup. point number 2 tu sebenarnya sangat crucial, sebab alia pernah ke Nursery (aka Pusat Asuhan Kanak-kanak).


End up, tiga kali masuk wad! sebabnya batuk berkahak!


So, kalau anak anda jenis tak kuat antibodi, tak payah la nak hantar ke nursery.. kesian budak-budak.. :(


anyway, antara tiga-tiga tu, yang mana satu pilihan anda...? :)


Berminat menyertai My-Alia.com Monthly Giveaway...? Klik sini ya! :)

pics all googled
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Would you like to place an Advert on My-ALia.com?
Please click here.

Comments

Capo Grande said…
anta je kat mak@mak mertua...dpt mengeratkan kasih syg lg...hehe...
Unknown said…
Tifa of course babysitter...:)
MeL said…
babysitter bebeh! ;)
mak encik | SZ said…
sy belum mencuma kategori hantar ke bbsitter tu.bdasarkan pemerhatian / pengalaman kawan2 ada pro n kons. ada yg dpt bbsitter bagus, komited ...alhamdulillah...ada juga yg tidak berpuashati terutamanya handling EBM.mengamuk juga la kawan tu, dah pesan kat makcik tu soh rendam kat air panas dia p rebus botol susu nak bg cepat cair susu tu katanya..aduyaiii

bdasarkan pengalaman saya plak:
1. nurseri
anak #1 cik sarah safiyyah tu dihantar ke nurseri seawal umurnya 2 bulan.yg bagusnya dia dapat belajar awal, penuh aktiviti dgn rakan2 sebayanya...yg kurang bagusnya dia pun kena acute bronkitis, 3 kali admit spital, sedut2 kahak wat terapi
2. bibik
bila anak #2 keluar, en syimir mikail kami ambil bibik.maka sarah pun dok la di rumah shj. bagusnya, alhamdulillah kesihatan anak2 bagus. yg kurg bagusnya,ada org asing di rumah & tahannn sajalah karenah bibik2 ni.mcm2 citer kalo nak di kompil...hehee
Diver Mom said…
Capo:
oh.. kami kalau ada choice itu, alangkah bestnya... :)

tifa:
yup. same here :)

Mel:
sama la kiter.. :)

mama sarah syimir:
yup. nurseri bagusnya budak boleh bergaul.. tapi part penyakit tu yg x tahan tu kan..? :(
Fid said…
taman asuhan kanak-kanak
DeLLa said…
very subjective matter la ni..
tapi kalo pilih MIL, Babysitter, Bibik, Nursery...sy mmg prefer nursery...

lucky me..dpt nursery yg sgt la ok..so far tak pernah la aisyah sakit2..tp nursery lama dia mmg hampes....dah tukar yg baru..mmg sgt bagus!

sy prefer nursery sbb..nursery ade JKM yg memantau in case jd apa2..babysitter semuanya atas tggungjwb sendiri..tapi kan semuanya bergantung pada ketentuan Allah juga..kdg2..dibawah jagaan kita sendiri..anak masih boleh sakit or tercedera..kita tak boleh control semuanya yang....boleh kita buat...doakan saje kesejahteraan anak2 kita walau dimana juga kita tinggalkan dia..
Unknown said…
nak vote jugak moleh.. kekeke. saya vote nursery. kakaka. sbb yg lain lom pernah try.
ibuayu said…
ibuayu memang hantar kat baysister..Alhamdulilah dah dianggap seperti keluarga sendiri...Kalau dia sanggup jaga anak istimewa arwah alia tanpa meminta tambahan bayaran rasanya kakak ini insan yang berhati mulia...amin
aidie said…
i vote for bibi..but letak kat rumah mom or mom in law. tkmo la susah kan mak kan..so sediakan bibi.
kalau nursery mmg akan ada problem selalu sakit.
kalau ada bibi can tolong kemas2 kan rumah juga... :)
mamazidane said…
Hi, saya baru kat sini.. tapi nak komen jugak :)
Well, memula dulu saya hantar rumah mak mentua, senang.. tapi bila dah bertambah anak, macam tak patut pulak nak suruh dia jaga, so saya start hire maid tapi still hari-hari hantar bebudak dan maid kat rumah mak mentua.. tapi tahun ni, dah masuk 3 tahun maid tu ngan kitorang, so kitorang dah stop hantar rumah mak mentua. Hari ni, dia setuju nak sambung keje lagi 2 tahun. Alhamdulliah..Anyway, saya baru start memblogging.. sila la lawat blog saya http://momsharingspace.blogspot.com/ untuk share idea, tips dan pengalaman anda tentang mcm2..
Unknown said…
tajuk yg sangat kena dengan situasi saya sekrang...
ank sekrg dok ngan bbsitter, ok tp pernah ramai sangat sampai 7-8 orang.. tgk anak pun kesian..
pastu sekrg ni bbsitter asyik cuti aje sbb dh jaga 2 org budak je termasuk anak saya.
dok fikir2, bb ke-2 lahir nanti mcm nk start dgn nursery. cuma sangat takut dengan jangkitan penyakit tu... huhuhu...
Diver Mom said…
laila:
oh.. kasihannya.. saya pun turut simpati dengan awak. saya alhamdulillah, so far tak pernah lagi dapat bbsitter yang asyik cuti... anyway, mungkin u boleh cuba survey2 kot2 ada bbsitter lain area tu...