Saya nak bangkitkan satu isu. First of all, saya harap tiada mana-mana pihak tersinggung atau terasa. Saya bukan tak sensitif, tapi, saya rasa sebagai umat islam, adalah menjadi tanggungjawab saya (atau kita) mengingatkan diri saya sendiri dan rakan seumat.
Saya perasan lately ramai muslimah sudah mula menggayakan tudung. Alhamdulillah. Tak kisah lah, tudung Ekin ke.. tudung Munawwarah ke.. mahupun tudung bawal...
*Ekin sebagai gambar hiasan*
Tapi, saya nak mengingatkan, kalau boleh, biarkan kita menutup aurat, mengikut seperti apa yang telah digariskan di dalam Islam...
straight to the point,
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan. Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
يرحم الله المتسرولات
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831) Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikianlah menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan. Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :
“Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)
so, marilah kita renung-renungkan bersama. Wallahua'lam...
*taken from : here.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Do you have something / product/ business that you want me to help you promoting it? Just fill in the "Contact Me" form at the bottom of this blog and the charge is : RM35.00 (for a post entry), and RM10.00 per month (for banner spot at the Sidebar). If you'd like to become our sponsor, please click here. Thank you.
Comments
kalau bertudung , pakai tshirt lengan pendek tapi pakai stokin tangan yg membuatkan org dok tgk gumpalan daging di lengan yg terselindung dek kain nipis tu cam ne lak?
hehhe..(akak tak pakai stokin tangan...rasa pelik je..)
yes! tudng ekin mmg cun! :) itu pasal Ekin jadi model entry ni.. ahah :)
rizza:
ok, macam ni.
-cerita sarung tangan:
kalau pakai tshirt lengan pendek, seharusnya kena pakai sarung lengan supaya menutup aurat lengan tadi, kan?
Tapi yang saya perasan, banyak sarung tangan tadi ada juga yang jenis ketat, so menampakkan bentuk lengan. itu pun x boleh juga. sebab dah masuk kategori "memakai baju ketat". pada hemat saya la.. :)
-cerita kain nipis:
saya rasa ini kain chiffon. Kalau ada lining, and lining itu cukup tebal untuk menyembunyikan susuk tubuh, no hal.
tapi, kalau ada lining, tapi masih kelihatan 'jarang', so better elak la ya.. :)
and then, kalau kain jarang, tapi pakai sarung lengan, tapi sarung tu ketat, itu pun kalau boleh, elakkan la. :)
saya menjawab soalan tak ya...?
satu soalan...maknenye klu inner tu biar yg longgar ah ye...
yup. sebab kalau ketat , no point lah pakai inner, ye tak..? :)
org tu pakai tudung tutup leher bagai tapi dia 'buka' daday
luasss sangat leher nampak lurah dendam kahahkah
me ternganga
fid.. bukan tu je.. ade yg tutup2 tapi bila tonggeng nampak tuuuuuuuttt..kat belakang seluar dia malunye aku tgk...
ahaha.. saya pun kadang2 ada jumpa orang gitu.. hanya mampu tergeleng saja...
oh.. yang belakang tu lagi segan kita yang tertengok ni.. huhu :(
p/s : doakan hsrt murin sy agr tercapai..bukan ape..kdng2 sedey tgok org yg pkai tudung mcm biskut chipsmore..kejap ade,kejap tade..hihi
lg satu kan..bj chiffon yg nipis2 tu...pernah nmpak sorang ni pakai..jarang amat..nmpak ketiak..tp pakai tdg..mcm tk sesuai..
oh tak pe.. pelan-pelan la.. insya allah nanti bila hati farra dah terbuka nanti, farra sendiri akan rasa seronok pakai tudung! :)
Della:
yup. betul la.. perasan jugak tu! :)