Malam raya : Kampung anda atau suami anda?

Salam...

(well, i presume yang baca ni adalah kaum wanita / isteri....)

kalau yang bujang tu, no problemo! :)

tapi bila dah berkeluarga ini... aduhai... :(

alhamdulillah, saya kini menetap dengan mak dan bapak saya.

SO tidakla berebut sangat hendak balik raya.

tinggal hendak ke Kampung mr hubby saja lagi.

TAPI, saya bagi syarat:

-kalau nak ke perak, ONLY after solat raya.. (and bermaaf-maafan...)

saya suka spend malam raya di KL sebab ada takbir rumah ke rumah.. sangat best! ;) orang datang takbir.. kita hidang ketupat.... yummy! rasa berkat je...

baru lah pulang ke perak.

and di perak, i don't mind, berapa hari nak spend, pun saya tak kisah! hihi :) adil, tak....? ;)

SOMEHOW,

mr hubby semalam said to me:

"semenjak saya kahwin, x pernah saya spend malam raya dengan family saya..."

erk!

and i added la, "kan lepas solat raya kita balik..."

but he said

"memang la balik, tapi FEEL tu tak ada.. kalau dah lepas solat raya, dah x ada feel raya!"

amboi....

but the decision is final.

i'm the boss! ahahahah.... (saya kata tahun depan sajalah ya, bermalam raya di perak.. dia kata ok.. ahahah)

anda macam mana pula....?

by the way, does it really matter Malam Raya thing..? i think, as long as you balik kampung, that is enough! :) ye tak.......?

post signature

Comments

Tak apa la zu, yg penting suami setuju...

tak seronok dengar bila nak raya2 ada suami isteri yg berselisihfaham sebab nak balik mana satu mcm dlm tv tu. I tak pernah tgk yg real life punya thank god.

Bagi saya, tempat isteri tu disisi suaminya. Dia kata kampung dia, kampung dia lah.. senyum aja sampai telinga... xoxo
Zue said…
alamak, sedih pula dengar zul ckp gitu
tak apa la ani
kalau dia nak balik balikla
at least tahun ni mlm raya kekna kat KL
tahun depan maybe kat BP

marriage is a compromy
lagi pun , tahun ni bapak tak join
i dont think diorang akan singgah umah
mak pun kata tak buat apa-apa
mak kata if bapak boleh jalan, lepas solat raya nak blk johor

why not, make a new deal?
mlm raya di perak
lepas tu, balik johor?
then kita kumpul ramai2 di johor?
DYLA said…
balik kampung hubby this year. :)

kitorang pesen selang seli.
Ied @ May said…
kalau ida gilir2 tahun beraya. mcm thn lps mlm raya kt umah family suami so thn ni rumah family ida pulak lah. ida xmo gune kuasa veto nih sbb nnt suami terasa hati. kalo dia dah ckp mcm tu maknanye dia dh ada terasa2 hati sket. biar adil dan saksama. walaupun kat tpt kita best, tapi kalau kita cuba blend in cara in laws kita beraya, sama best juga.

yg penting suami dan family tak terasa hati dgn kita. biarla reya dua2 gembira...*wink*
~Umi.Sufira~ said…
Kami pun selang seli tang malam raya tu..tak sanggup nak biarkan dia rasa tak best tiap2 tahun..yerlah keluarga mentua ngan keluarga sendiri tetap lain feel dia..at least kalau selang seli, tahun ni saya rasa tak best tahun depan dia lak rasa..:P
Sz said…
heee...kami pun pesen selang seli cam kawan2 lain tu...kami pilih bergilir ngan adik beradik lain. takdelah sunyi sgt parent kat kampung. masih ada anak2 lain di rumah kalo yg dah berkahwin beraya di rumah mertua. alhamdulillah jarak kampung kami dekat je, blh dtg beraya sama2 hariraya pertama..heee

~mama|sarah|syimir~
miezaniera said…
Hehehe for me n myhubby, keberadaan di malam raya tu saaaaangat penting.jadi thn ni mlm raya adalah dirumah ibu ku kerana thn lepas kat umh ibu mertuaku..pastu pas solat raya,p la beraya umh mertua hehe umah dekat je pun..hehe
Sue.Aleen said…
saya dah tahun ke-7 beraya bersama suami. tahun pertama kami beraya di kampungnya. kami berlaku adil dan bergilir-gilir. kalo 4 hari di sana, 4 hari jugalah di sini. itu termasuklah hari sebelum hari raya tu sendiri. hari raya kedua baru balik ke kg sebelah suami/isteri.

kalo suami dah menyatakan pendapatnya, ikut sajalah selagi tak langgar syarak. taat pada suami tu jatuh tangga kedua selepas taat kepada Pencipta.

feel? sama je. ibuku ibumu jua, adikku adikmu jua, kgku kgmu jua... mana² pun pergi kita tetap bernafas guna gas yang sama. :)
Hanna said…
malam raya mmg penting bagi ku juga..time tu la rumah betul2 bz..

nasib baik baik rumah family ktorg dekat je..thn lepas mlm raya kt rmh sy,thn ni pun mlm raya kt rmh sy lagik..hehe..disebabkan dekat la,mr.hubby bole jengah family dia mlm raya.so ktorg asing2 la.nk tdo br dia blk rmh sy blk.bole gitu?..haha..

alasan yg sy bagi,"kak long abg pun buat mcm tu gak" (sis-in-law pun kawin dgn org dekat gak)..so,mr.hubby pun tak kisah..yahoo!
Anonymous said…
this year turn beraya kg has dulu. 2nd day br balik kg hb. ikut sistem giliran even sekapal ;)
lia said…
kami ikot giliran tetiap tahun... sbb Mr hubby ckp, mlm raya penting psl dia kena tolong family dia bakar lemang etc... jd lg mudah ikot sistem giliran, lg pon kg jauh
Saudah Salleh said…
perkara sensasi nih..

kami bergilir-gilir, selang setaun macam yg lain.

cumanya kalau kat rumah Odah, dapatla malam raya tu sebab dekat kan (PJ), so merasala masak ketupat lodeh (my job), kemas rumah sumer..kami ni suka hias rumah malam raya, baru best. sibuk sikit sebab tak ramai (5 org adik beradik).

kalau balik Muar, lagi best..malam raya atas jalanraya, sebabnya hubby kerja. Mekanik kan, so last minitnya kerja(service, brek, belt apa-apa lagilah), nak tolak, sian depa nak balik beraya, so hubby buat ajela sampai tiba rumah pun dekat berbuka. Sudahnya bertolak lepas maghrib. Kalau tak jam, dapatla tiba kui 12am. Sampai sumer dah tido..
FAM said…
sy mcm awak zu, duk ngan parents tp tiap2 thn tetap bergilir. thn ni turn hubby beraya di muar. hmm.. lain rasa malam & pagi raya tu. mungkin zu tak perasan sbb zu beraya kt sini dlu baru ke perak. cuba raya kt perak dlu baru tau rasa sebak tu. maybe nt bg chance kt husband plak beraya di perak dlu. just my 2 cents
Hernee Nazir said…
sy 1st time raye ber'suami' ni..sptutnye mlm raye kt kmpung die.. tp mak sy sakit jd die yg beralah mlm raye kt rumah mak sy..
siti pun gilir2 mlm raya...wmpun, malam raya kat umah hubby, cuma sesi tgok tv beramai2...he he he..tapi, itualh, takkan nak best sorang2 je kan..dia pun ada family...saling tolak ansur..he he he
siti pun gilir2 mlm raya...wmpun, malam raya kat umah hubby, cuma sesi tgok tv beramai2...he he he..tapi, itualh, takkan nak best sorang2 je kan..dia pun ada family...saling tolak ansur..he he he
salzahari said…
betul kata Siti..pendapat saya,elok bergilir sbb dua-dua masih ada adik beradik dan makbapak. mesti teringin nak rasa mlm raya sibuk2 tlg kuarga sendiri! tu kira untung dekat jgk dan zu dpt balik 'kg' zu hari2...

mcm kitaorg, Utara Selatan gilir tahun tak mcm org lain..kalau thn ni giliran Johor, kedah mgm tak balik langsung (balik raya haji pulak lah) and vice versia sbb fikirkan kos dan penat. dah nak masuk 6x raya,alhamdulillah tade masam muka / pendam dalam sbb sama2 merasa sayu sebak di kg psgn bila bkn giliran .

lagipun time nilah nak tgk suasana di kg psgn...just my opinions.
KV said…
malam raya mmg syahdu tau feel dia. Dulu masa arwah mak ada, akak balik buka puaa, lps solat isya baru balik (akak duduk sekali ngan mertua). Now, malam raya ka, pagi raya ka, mmg dok rumah sendiri la. Lps ziarah kubur baru balik kampung jumpa adik beradik. Hehe. Pjg plk. Haha
MS said…
kami walaupun satu kapal tapi daerah berbeza

memang amalkan sistem giliran, malam raya dan pagi raya amat penting.
time lain pun penting jugak ha ha

memang kira betul-betul kalau cuti 6 hari bermakna 3 hari d sana,3 hari d sini
(sbnrnya lagi banyak d atas jalan makan jem butter kaya)
p'na mama oja said…
saya setiap tahun aidilfitri mmg kat kg saya..
kerana umah MIL sy dekat je ngn rumah sy sekarang..

dan MIL pun akan beraya kt kampung di negeri saya juga, cuma dia balik lambat skit(FIL punya side)... so ptg raya pertama sy balik la kg dia pulak..

JB(MIL pnya side) balik msa raya aidiladha jer coz atok & nenek dah x der.. so makcik2 x kisah sgt...
Hanz Jamaludin said…
me takder kampung! Boleh tak cenggitu? ekekekek

what i mean is, my parents kat seremban, still duk dalam pekan, suasana kampung takder & My hubby's side kat shah alam ni jer...so apa nak kesah, kan? bila2 boleh balik. satu hari pun boleh cover dua2 skali!

anyway, kebiasaannya we all bergilir malam raya nak spend kat maner & kalau malam raya my place, malam raya haji pulak at his side. bukan selang tahunan tapi selang kedua-dua raya in same year. :>
mommykaseh said…
salam kenal...

zira every year raya sure ada melodrama;) thn lps kena beraya ngn in law lain betul rasanya.sayu sgt esp mlm raya tu.lg la pulak i'm the only daughter dlm family...nk tk nak mmg meninggalkn kesan la jugak.this yr beraya ngn my family kt melaka pulak.but still tkleh nk lelama mcm kte bujang dlu since kte de another family aka PIL and family.
tp insyaallah rsnya ble dh de anak ni...perasaan beriya2 nk beraya tkla mcm dlu...now ni lebih kt anak...bg dya rasa meriah nya raya dua2 family,kan?
hmm...itu bg org yg dekat mcm i kt melaka n in law kt bangi je.kalau yg jauh sorg kt selatan, sorg kt utara..habes masa ats jalan je..mcm mana la tu kan??

selamat berbuka!
ezira
http://kaseh-alphalipid.blogspot.com
Zaila Mohamad said…
zaila yang satu kapal ngan suami pon kadang2 slalu berselisih faham pasal nak balik kampung ni..tapi kitorang buat selang seli..so this year supposed malam raya kat umah Zaila tapi since hubby yang drive balik kampung kan..so zaila xkisah sangat kalo dia nak singgah rumah dia dulu..kesian kat hubby kan..
Zue said…
ani, nampaknya topik hangat untuk kaum hawa ni
silent reader pun tinggalkan komen
hihihi

dont worry
kalau ani balik bruas
nanti kekna mintak edol balik awal sikit
jumaat ke
so that ani boleh jumpa eva
(dan bagi duit raya kat eva...hihihi)
:D

by the way, the carrier is great
dah pakai 2 kali pegi hospital
secured dan senang bubuh eva dalam tu
tangan free nak pegang danial ke, amik duit ke
tq so much!!!!
Nadiah Sidek said…
mlm raya? thn ni kami di rmh kami sendiri..tak pyh rebut2. huhuhu...