on Our Trip To Kuching, Sarawak

Salam.. wah.. lama dah x berblogging..
rindu pulak.. haha..

ok.. to cut things short.. saya buat gini je lah ya..

Rabu (10/12/08)

Morning. Hantar Alia ke rumah makcik babysitter. Ada urusan sikit di Ofis.

Evening. balik ke SU3, pack up our things.. ambil Alia dari rumah makcik. then terus pergi ke AU3. Hajat di hati nak singgah di Petronas AU2, rembat beberapa bungkus Nasi Ayam Dara.. hampa sangat bila dia x berniaga..

Night. spent the nite at Au3..
Khamis (11/12/08)


Morning (at 4.30 am). bangun. mandi dan bersiap. plan to leave the house by 5.15 am. Alia pun bangun juga! so dia pun sibuk bersiap-siap juga.. Alhamdulillah. berjaya leave at 5.15 am. Atuk, Wan, De, Acu, Ayah Alia, Ibu Alia and Alia. Semua naik Matrix Wan. :)

Sampai di LCCT, terus park, dan check in.


Ibu alia bagitau kat Acu, nanti check in, dia akan bagi satu kad, boarding pas.. bla bla bla..

(rupanya Air Asia punya boarding pass ala-ala kertas resit je.. haha..)

Alhamdulillah, nasib baik ibu alia tempah tiket tempoh hari "express boarding". so bila pintu gate nak buka, kami yang express ni dibenarkan board the flight first! :)

dalam flight. Oh well. for hand luggage, ibu alia ada bawak satu botol susu, dan susu tepung (untuk dibancuh). tp Alia seperti biasa, bukannya nak minum susu time dia berjaga. so bagi makan je! Ibu Alia bawak biskut beras dalam 2 keping.. and Ayah alia dalam flight lapar, so dia mintak nasi lemak (harganya RM9.00) hehe. so alia pun tumpang sekaki.. dah kenyang, si kecik ni pun tido.. zzzz....

Sampai di airport Kuching. kami tunggu Wan (ni driver Atuk n Wan when they both went to Sarawak early this year)Oleh kerana nama dia Wan, so kite bubuh word Driver ya! haha.. so, Wan-driver bawak kami ke hotel. nama hotel tu Laila Inn. murah sangat. semalam RM60.00. hehe.. memang Atuk cari hotel yang murah, pasal kami dah satu bilik, De dan Acu satu bilik, Atuk dan Wan satu bilik. so altogether 3 bilik.. we spent 3 nites there. Atuk kata, kalau ambil hotel yg ada nama (mcm Grand Con ke.. boleh, tapi nanti untuk hotel je lebih dari seribu ringgit.. so kira mcm membazir, kan..? hihi)

aktiviti alia dalam bilik:
main telefon....

petang. bila dah settle down, kami berjalan-jalan ke Waterfront. (saya asyik terpanggil Harbourfront.. haha). MASALAHNYA ialah, Atuk kata "ala, dekat je. Jalan kaki je dari hotel.." so kami pun jalan dan jalan.. dan jalan.. x sampai2 jugak. tangan dah lenguh duk dukung ALia.. rupanya jauh ya amat.. haha.. tapi souvenir sangat murah di deretan kedai di situ.. Ada satu cruise. tapi kami x naik cruise tu (sure mahal..), kat putrajaya pun boleh ber'cruise', kan..?.. haha..
malam. duduk hotel je.. sambil urut kaki yang lenguh.. hehe..
JUMAAT (12/12/08)
(dalam van...)

morning. Erm. disini cepat sejam waktu solatnya. dan matahari pun naik awal sejam. so pukul 7 lebih, dah cerah, macam pukul 8 pagi.. kami naik van Wan-Driver pukul 8 pagi.. pergi sarapan.. (Wan-driver bawak kami ke satu restoran.. kami makan roti canai and such. tapi kami di introduce dengan Mee Kolok! haha.. nama dia sungguh kelakar.. tapi sungguh sedap! mee dia macam mee maggi, tapi dia ada bubuh daging sikit. and diletak sup sikit.. wah.. very mouth watering!)

*ibu alia terlupa nak snap gambar mee kolok, tapi ini adalah gambar curi dari internet.. maaf ya.

after our breakfast, we went to the Menara Kuching! Wan-driver told us, kalau KL ada KL Tower, so ini adalah Kuching Tower.. haha.. kami naik ke tingkat 3.. .. Alia tidur dari dalam van lagi, so erm.. she missed to see Kuching from the tower! (but i guess, patutnya ada seorang tour guide yang in charge here, so bila tourist macam kami ni sampati di atas tu, kami boleh tahu bangunan apa yg ada di sekeliling tu..)


Then, we went to the museum! Ada lots of artifacts.. pictures.. erm.. ohh.. so boring. maybe i'm used to the "science centre" kinda museum.. (the one where we can touch, and interactive with the exhibits..) and to make matters worse, the air cond was not functioning.. so the mom plus the baby pun kena la duduk je di luar muzium. Acu nampaknya sangat interested dengan muzium.. (oh ya, ada pelbagai jenis rumah panjang ikut kaum2 di sarawak di muzium ni.. tu salah satu element yg ibu alia suka.. haha)

Then, depan muzium ni ada muzium seni pula.. banyak poster2.. lukisan.. tapi kami lama juga duduk dalam muzium ni, mungkin pasal air cond dia tak rosak. haha..

noon.Kami makan.Tak silap, i asked Wan-driver, Santubong tu ada apa.. rupanya x da apa pun.. ada bukit bukau.. ada resort (mahal ya amat.. satu malam RM500 ke atas) namanya Damai Beach Resort tak silap.... ada beach.. (laut bergelora..) oh ya, dan ada Kampung Budaya. Ala.. dia ni macam Taman Mini Malaysia. ada rumah2 tradisional sarawak.. tapi admission charge is RM60. ahhaha.. so kami x masuk lah.. :) lalu je..

then, kami ke Muzium Kucing. Seriously.. kami adik beradik ingat ni muzium sejarah KUCHING. rupanya pasal KUCING! haha.. surprise, surprise! Alhamdulillah, kali ni Alia x tidur. so dapatlah lihat betapa sukanya dia tengok model kucing yang besar-besar kat dalam muzium tu..

Last stop for the day. Boulevard. erm.. bagi kami org KL, rasanya x da apa nak tengok di sini. dia ni macam shopping complex ala-ala One Utama.. tapi frankly, rasanya Midvalley, One Utama, lagi best kot.. haha.. tapi satu yang saya tertarik ialah dia punya tiang car park.5 so cute! (and creative too!)

SABTU (13/12/08)

morning. received sms. first person yang wish "Happy Birthday" : Kek Na! thank you..hehe..

breakfast. makan mee Kolok lagi.. haha.. sedap sangat.. !

then we went to Serikin. haha.. for your info, Serikin ni hanya ada pada Saturday and Sunday je.. Atuk kata dia ni macam pasar malam.. journey from Kuching to Serikin, took about one hour. Rupanya Serikin ni dan dekat sangat dengan sempadan Indonesia (Kalimantan). that's why banyak barang murah! (ala.. mcm kat Golok tu.. haha) antara barang2 yang dijual adalah handbags, sunglasses, tikar sarawak, langsir, telekung, baju-baju, dll.5 (ramei nya beratur...)
penat shopping, we went to Pasar Tamu. beli ikan Terubuk. saya beli 3 ekor je.. all of em are for my colleagues. none for ours, coz ayah alia x boleh makan ikan masin/masam dll. Kena berpantang! haha..

then, we went here! beli sikit kek lapis sarawak... :)

pandangan luar macam rumah orang je..

kat dalam, ada sofa dan atas meja ada kek lapis yang dah dipotong2.. so kita pun duduk2, merasa sample..

then headed towards back of the house, ada banyak rak, siap ada nama kek dll. ambil dan bayar. :)

evening. jalan kaki ke food court. makan Nasi Ayam Penyet. haha.. nama yang kelakar.. tapi sedap sangat. macam Nasi Ayam Dara! hehe.. bezanya ayam Penyet ni, ayamnya di penyekkan.. haha..

AHAD (14/12/08)


morning. breakfast di restoran depan hotel je.. (people in sarawak have this funny habit, i.e. they close their restaurants on Sundays! yup! funny but true.. kesian la kat perantau macam kami ni.. isk..isk..)

at around 10.30 am, Wan-driver came. took us to the airport. flight pukul 12.50.

alhamdulillah, sampai KL tengah hari. x perasan pukul berapa. (pasal x check jam).. tapi as we entered the main terminal, hujan turun selebat-lebatnya.. mak ai.. so kami solat dulu.. baru balik rumah.. :)

the end..
*alhamdulillah.. tq Wan and Atuk for a wonderful holiday! :)

**Kek, next time kita pakat pergi Sabah pula ya! :)

Comments

Anonymous said…
Selamat kembali ibu alia!

I sgt minat yg kek lapis tu. Sweet tooth kate...

Hmmm, bila la nak boleh pg Swak!
Tini Alif said…
Tak penah pegi Sarawak gak... bila la nak pegi agaknye ek??? ayah Kaisah dok bz dobi jek... huhuhuhuhu...
Jua Zulkef said…
zu, ini namanya sungguh2 bercuti. penat i baca entry u ni...mcm i lak join uols g sana.
Zue said…
waaahhhh!!! bestnya..jeles tul...

mee kolok tu nampak macam sedap
tengok pun nak makan
:D

ika duduk lama lama kat muzium
dah tukar ambition
nak jadi curator kot? hahahha!!!

alia pun dah makin pandai posing
suka tengok dia sengih
cheeeese!!

model model ani tu posing memang over (esp yang rasa kek sarawak tu yek.. kakaka jangan mara ya...)

nak nak ikut pegi sabah!
tapi nak pegi singapura dulu la
tak leh jadi ni semua orang dah pegi s'pura
bila kekna nak pegi ni...
aCu said…
to kakni:

makcik oi!yg pegi cut gmbr mak ngan alia tu pesal?mak nangis kang br tau..

to kakek:

jgn riso..ika x g pon mane2 pon lagi..tgk singapore pon tak penah..
Diver Mom said…
intan
hehe.. kek lapis tu mmg sedap.. :)
oh, boleh.. air asia punya tiket murah je!

mazharalti
hehe.. insya allah.. kalau ada rezeki, sampai jugak tu..

jua
hehe.. terima kasih, coz membaca sampai habis.. hihi.. :)

danial
ika.. curator..? hehe.. no komen..

singapore biasa je.. barang mahal.. x leh idup duk sana..

sabah jom!

acu
oh, gambar 1st tu ke..? mana ada crop, orang snap 2 kali, yg 1st tu mmg ada mak, tp alia x cun. yg kedua alia cun, tp mak x masuk pulak..
Anonymous said…
wahhhh best nyerrrrr nak ikut nak ikut...