The Hospital....

Assalamualaikum.

Semalam saya, mak dan ayah pergi ke Kelana Jaya Medical Centre. Saya menghidap batuk sejak seminggu lalu. dan ia makin teruk, sehingga ada kahak.

Mak saya malas nak pergi klinik kerajaan kerana kena tunggu lama. So, dia pilih hospital ini la. Lagipun, mak saya nak bawak saya pergi jumpa Pakar Kanak-kanak (Paeds).

Kami telah berjumpa Dr. Syed. Saya diberi 9 jenis ubat. Ada ubat minum, ada ubat sapu dan ada diberi sabun serta shampu. Saya sekarang ini dealing with 2 illness, iaitu Bronkiotis (ntah la spelling dia macam mana) dan Ekzema.

Ini gambar saya dgn mak. Time ni nurse nak beri vaporizer. Dia macam satu mask yang saya kena inhale gas yang keluar. Tujuannya adalah untuk mencairkan kahak. Saya rilek je. X nangis pun...!

Comments

Zue said…
hai alia,
ejaan dia bronchitis, maksudnya inflammation pada bronchus.

kuatnya alia tak nangis pun. alia makan ubat rajin rajin ya....

abang danial dgn mak long doakan biar alia cepat sembuh :D
Diver Mom said…
hehehe.. alia ni memang kuat la. aritu inject time 2 bulan x nangis sangat pun, beberapa saat jer..

Ni duk makan ubat.. da kurang sikit la.. insya Allah..