Assalamualaikum....
Nama saya Nur Alia Athirah bt. Zulkefli. Saya selamat dilahirkan di Hospital Ampang, pada 2 Disember 2007 (Ahad) tepat pada pukul 2.57 petang.
Dalam gambar ini saya sedang tidur.. zzzzzz...
Kesian emak saya, penat dia melahirkan saya..
Mak saya telah di admit pada hari Sabtu pukul 2 petang. Ketika itu, bila doctor check, opening, baru 2 cm.
Malam Sabtu tu, mak saya tidur nyenyak sekali.. Tak ada langsung tanda2 nak bersalin.. contraction tu ada la sekali sekala.
Pagi Ahad - Mak saya sarapan macam biasa. Hospital hidangkan 2 slices of bread, together dengan small butter dan jem (dibungkus macam yang dihidang dalam flight). Makan dengan air Milo (3 in 1 Fuze, atuk saya beli di Giant).
Dalam pukul 10 lebih, mak saya mula merasa sakit perut.. dia ingat sakit perut biasa sahaja. So, dia buat dono je.
Dalam setengah jam selepas tu, sakit tu jadi semakin severe. So, mak saya mula tekan button di belakang katil tu, nak panggil nurse. 5 minit berlalu, tapi nurse tak juga tiba. Mak saya mula berasa tension. Dia mula bangun dari katil dan tiba-tiba... ada air keluar mencurah-curah. Mak saya tetap kontrol rileks. Dia ke bilik air dan baru perasan yang itu adalah air ketuban.
Oh..oh.. baru dia panik sedikit. Kakak di katil hadapan perasan yang mak saya punya air sudah pecah, so dia pun jerit panggil nurse. Barulah nurse nak datang.. :(
Bila nurse datang, dia bawa mak saya ke satu bilik ni. Nama bilik ni adalah Examine Room. Mak saya pun tunggu doktor yang sepatutnya datang untuk chek mak saya. 5 minit... 10 minit.. lama-kelamaan, 30 minit... berlalu. Mak saya mula merasakan kontraksion nak bersalin. Sakitnya berganda-ganda daripada sakit senggugut biasa. Mak saya mula tension dan jerit panggil nurse. Kain pink mak saya pakai dah mula lencun dengan air amnion.. Nurse datang tapi agak lambat jugalah, dia kata, doktor sedang buat Ward round. Waduh.. Mak saya dah semakin tak tahan. Mak saya mula perasan, dalam tak sedar, da dekat SEJAM dia tunggu doktor untuk datang ke bilik tu. Akhirnya, doktor yang dinanti-nanti pun datang. Chek punya chek, rupanya da bukak sebanyak 5 cm. Mak saya pun dihantar ke Labour Room dengan wheelchair.
Labour room tu tak la besar sangat. ok la. Sampai di sana, doktor pasang alat nak tengok how frequent and how strong contraction. Mak saya dah tak tahan dah. Dia minta epidural. Yang terkejutnya, doktor cina lelaki tu boleh kata " kat sini tak ada epidural la..".. adus.. parah ini..
Tapi doktor tu bagi alternatif. Dia suruh inhale gas mask Nitrogen kat belakang katil tu. Mak saya amik dan sedut gas tu, hampeh! Tak kurang pun sakitnya! rasa macam sedut aircond je..
So mak saya minta benda lain yang boleh kurangkan sakit bersalin.. doktor tu cadangkan satu benda ini, ntah apa ntah. Yang pasti ia adalah injection. mak saya kata ok la, cucuk je la. tapi doktor tu rilek je, ajak borak2 lagi. Mak saya dah tak tahan dah. mungkin pasal mak saya x layan dia borak, so, dia check la bukaan. Terkejut beruk dia, dah 9 cm rupanya. dalam masa 15 minit sahaja sampai da sebanyak tu. kelam kabut dia pakai glove, apron, mask dll.
Tapi mak saya ni la, rupanya x reti teran. Sian dia. ingatkan da bukak sampai 10 cm (beberapa minit lepas tu) da boleh keluar baby. lama-kelamaan, sampai sejam, mak saya teran, tak keluar-keluar jugak. Mak saya dah mula mengantuk akibat bius tadi. akhirnya mak saya kata, doktor, pakai forsep je lah.
So, bila forsep dah masuk, doktor suruh teran. La.. kena teran juga ke? ingatkan doktor tu boleh tarik je terus. so selepas beberapa kali push, dan push terakhir, nurse tolong dudukkan mak saya (dari kedudukan baring) barulah saya boleh keluar.
Saya skor 9/10 untuk Apgar Score. Entah la, satu markah tu hilang ke mana. Malamnya, entah macam mana muka saya turn to blue. so nurse hantar ke NICU (Neonatal Intensive Care Unit). Ayah saya kata saya diletak dalam inkubator, and ada gas oksigen dispray ke muka saya setiap masa.
selang 2 hari, saya dialih ke katil lain, cuma diorang still letak tiub oksigen masuk ke hidung saya. Mak saya masih x berapa larat, so dia tak melawat saya lagi.
Hari keempat, saya disahkan ada kuning. so, saya diletakkan di bawah lampu biru tu, apa namanya ya..? (Foto therapy ke..?) Mak saya dah lupa la. Mak saya dah mula melawat saya. Dia sedih sekali tengok saya kena cucuk kat tangan (untuk drip) dan pada kaki ada kesan kena inject (ambil darah).
Hari kelima, mak saya dah di-discharge dari wad bersalin, dan dia admit wad NICU. ada disediakan beberapa katil, untuk para ibu ni menjaga anak mereka yang tak sehat ni. So, saya pun mulalah dijaga sepenuhnya oleh mak saya. Mak saya juga baru master the right technique to breastfeed. Ada matron sorang ni ajar mak saya. Pandai betul dia..
Setiap pagi saya akan dimandikan dan diambil darah. Setiap kali saya dipulangkan kepada ibu saya, saya mesti menangis. kalay cucuk ambil darah tu logik juga la. tapi takkan la mandi pun nak menangis? hmm.... mak saya betul2 tak paham..
Malam tiba, mak saya memang serabut. Susah betul saya nak tido. Dah kenyang, dah tukar pampers, dah letak telon, apa lagi...? tak tahu kenapa saya susah tidur. Saya akan melalak jer sampai la waktu subuh. Subuh baru saya tidur. penat mak saya jaga saya. Sampai dia jadi fobia, bila malam menjelang.
Kalau tak silap mak saya jaga saya di NICU a few days juga la. Yang pasti saya di-discharge 8 Disember 2007. Suka betul mak saya dapat keluarkan saya dari wad tu..
So saya pun balik la ke rumah....
Comments